Haba pendam tentu pelakuran (L) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan pepejal kepada keadaan cecair atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.
Haba pendam tentu pengewapan (1) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan cecair kepada keadaan gas atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.
- Haba pendam tentu bagi suatu bahan ialah tenaga yang diperlukan untuk menukarkan keadaan 1 kg bahan itu tanpa perubahan suhunya.
- Unit haba pendam tentu ialah J/kg. Contohnya, haba pendam tentu ais ialah 334000J/kg, ini bermakna 334000J tenaga haba diperlukan untuk mengubah 1 kg ais kepada air atau sebaliknya.
- Formula:
- Haba pendam tentu pelakuran (L) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan pepejal kepada keadaan cecair atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.
- Haba pendam tentu pengewapan (1) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan cecair kepada keadaan gas atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.
Contoh
Berapakah tenaga haba diperlukan untuk
- mengubah 500g ais kepada air pada suhu 0 °C
- mengubah 800g air menjadi stim pada suhu 100 °C
[ Haba pendam tentu pelakuran air = 3.34 x 105 J/kg; Haba pendam tentu pengewapan air = 2.26 x 106 J/kg]
Jawapan:
a.
m = 500g = 0.5kg
l = 3.34 x 105
Q = ml
= (0.5)(3.34 x 105)
= 167,000J
b.
m =800g = 0.8kg
l = 2.26 x 106
Q = ml
= (0.8)(2.26 x 106)
= 1,808,000 J