Teori Kinetik Gas
- Teori kinetik gas menerangkan hubungan di antara tekanan, suhu dan isi padu gas.
- Teori kinetik gas menyatakan bahawa,
- semua gas mempunyai zarah-zarah seni yang diskrit dan berjisim
- zarah-zarah ini sentiasa bergerak secara rawak.
- zarah-zarah ini bergerak dengan halaju yang tinggi dan sentiasa berlanggar dengan permukaan objek lain atau berlanggar antara satu sama lain. Semua perlanggaran ini dianggap perlanggaran kenyal sempurna.
- Terdapat daya di antara zarah-zarah. Semakin dekat 2 zarah, semakin kuat daya ini.
- apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik zarah-zarah.