- Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili sesuatu nilai yang sangat besar atau sangat kecil.
- Jadual di bawah menunjukkan imbuhan yang anda perlu ketahui dalam silibus SPM.
Penukaran Imbuhan
Imbuhan ke Unit SI
Contoh 1:
Diberi bahawa frekuensi suatu gelombang radio ialah 350M Hz. Berapah frekuensi gelombang radio itu dalam unit Hz?
Jawapan:
Mega (M) = 1,000,000 or 106
Maka,
350MHz = 350 x 106Hz
Contoh 2:
Diberi bahawa ketebalan sekeping filem ialah 25nm. Berapakah ketebalan filem itu dalam unit meter?
Jawapan:
nano (n) = 0.000000001 or 10-9
Maka
25nm = 25 x 10-9m
Unit SI ke Imbuhan
Contoh 3:
0.255 s adalah sama dengan berapa ms.
Jawapan:
mili (m) = 0.001 or 10-3
Untuk menulis sesuatu nombor bersama imbuhannya, kita membahagikan nombor itu dengan nilai imbuhan berkenaan
0.0255 s = 0.0255 ÷ 10-3 = 25.5 ms
Contoh 4:
Tukarkan 265,500,000 W kepada unit GW.
Jawapan:
Gega (G) = 1,000,000,000 or 109
Maka
265,500,000 W = 265,500,000 ÷ 109 = 0.2655GW