Eksperimen Dwicelah Young
- Dwicelah Young terdiri daripada dua celah yang dikikiskan pada sehelai slaid kaca yang dicat dengan ‘aquadak’.
- Apabila cahaya monokromatik melalui dwi-celah Young, belauan cahaya berlaku, maka kedua-dua celah itu menjadi sumber cahaya koheren (amplitud, frekuensi dan fasa yang sama).
- Kedua-dua sumber yang koheren akan bertindih dan bersuperposisi untuk menghasilkan kesan interferens membina dan membinasa.
- Interferens membina menghasilkan pinggir-pinggir cerah sementara interferens membinasa menghasilkan pinggir-pinggir gelap.
- Jarak di antara pinggir-pinggir cerah dan gelap yang berturutan adalah hampir hampir sama.
- Syarat-syarat agar corak interferens dapat diperhatikan:
- cahaya monokromatik digunakan
- saiz (bukaan) dwi-celah itu mesti sangat kecil
- jarak antara kedua-dua celah itu juga mestilah kecil (kira-kira 0.5mm)
- Jarak di antara pinggir-pinggir cerah dan gelap akan bertambah apabila
- Cahaya yang mempunyai panjang gelombang (λ) yang lebih panjang digunakan
- kedua-dua celah itu lebih rapat (a)
- jarak di antara dwi-celah dan skrin (D) bertambah.
- Panjang gelombang-gelombang cahaya dapat dikira dengan menggunakan persamaan berikut:
Bandingan Corak Eksperimen Dwi-celah Dengan Eksperimen Celah Tunggal
Q & A
Apa yang dimaksudkan dengan cahaya monokromatik?
Cahaya monokromatik ialah cahaya yang mempunyai hanya satu warna.