Kadar Purata

Menentukan Kadar Tindak Balas Purata

Kadar tindak balas adalah ukuran betapa cepat satu tindak balas berlaku, atau berapa banyak bahan/hasil tindak balas yang berubah dalam tempoh masa.

 

Contoh
Dalam satu tindak balas kimia, 2.5g kalsium karbonat bertindak balas sepenuhnya dengan asid hidroklorik yang berlebihan menghasilkan 600cm³ gas karbon dioksida dalam masa 1.5 minit.

Cari kadar tindak balas dari segi

  1. Penurunan jisim kalsium karbonat
  2. Peningkatan jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan

Jawapan:
a.
Perubahan jumlah bahan tindak balas
= -2.5g

Masa diambil untuk perubahan
= 1.5 minute = 90s

Kadar tindak balas = -2.5g / 90s = 0.027gs-1

b.
Perubahan jumlah hasil tindak balas
= 600cm3

Masa diambil untuk perubahan
= 1.5 minute = 90s


Kadar tindak balas
= 600cm3/90s
=6.7cm3s-1

Contoh

13.0g zink bertindak balas sepenuhnya dengan asid hidroklorik yang berlebihan dalam 5 minit. Cari kadar purata tindak balas dalam unit mol/min.
[Jisim atom relatif dari Zinc = 65]

Jawapan