Menemukan Kadar Purata Tindak Balas daripada Kuantiti yang Tidak Boleh Diukur
- Dalam tindak balas tertentu, beberapa perubahan dapat dilihat tetapi sukar diukur. Sebagai contoh
- perubahan warna
- pemendakan
- Masa yang diambil untuk perubahan warna bahan tindak balas atau jumlah masa diambil bagi pembentukan sejumlah mendakan tertentu boleh digunakan untuk mengukur kadar tindak balas.
- Bagi perubahan kuantiti yang tidak dapat diukur
\[\begin{gathered}
{\text{Kadar tindak balas }} \hfill \\
{\text{ = }}\frac{1}{{{\text{Masa yang diambil untuk tindak balas}}}} \hfill \\
\end{gathered} \]
Contoh
Apabila larutan akueus ethanadioik dicampurkan dengan kaliumn manganate (VII), tindak balas berlaku secara perlahan-lahan pada suhu bilik. Warna ungu larutan dinyahwarnakan selepas 20 saat. Hitungkan kadar purata tindak balas.
Jawapan
Kadar tindak balas
= 1/masa
= 1/25
=0.04 s-1