Kepersisan Precision
- Kepersisan sesuatu alat pengukur ialah kebolehan alat itu untuk memberi bacaan-bacaan yang konsisten apabila kuantiti fizik yang sama diukur lebih daripada satu kali.
- Ukuran bagi satu kuantiti adalah konsisten jika semuanya adalah hampir dengan satu sama lain.
- Satu ukuran adalah lebih persis jika sisihan relatifnya lebih kecil.
- Kepersisan satu ukuran boleh ditambah dengan
- menggunakan kanta pembesar semasa membaca skala alat pengukur. Kanta pembesar membentukkan satu imej yang,, besar, maka skala itu dapat dilihat dengan lebih jelas.
- Mengelakan ralat paralaks.
Sisihan Relatif Relative Deviation
- Sisihan suatu bacaan ialah perbezaan antara bacaan itu dengan nilai purata.
Contoh:
Bacaan-bacaan diameter |
2.14cm
|
2.13cm
|
2.17cm
|
2.15cm
|
2.16cm
|
Bacaan | Sisihan |
2.14 cm
|
( 2.15 – 2.14 ) cm = 0.01 cm |
2.13 cm
|
( 2.15 – 2.13 ) cm = 0.02 cm |
2.17 cm
|
( 2.17 – 2.15 ) cm = 0.02 cm |
2.15 cm
|
( 2.15 – 2.15 ) cm = 0 cm |
2.16 cm
|
( 2.16 – 2.15 ) cm = 0.01 cm |