Kesan Kepekatan

Kesan Kepekatan Bahan Tindak Balas Ke Atas Kadar Tindak Balas

Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi kadar tindak balas.

Eksperimen

Dengan mengukur masa yang diambil untuk pembentukan mendakan sulfur (pepejal kuning) apabila asid sulfurik, H2SO4 bertindak balas dengan natrium thiosulfat (VI), Na2S2O3 dengan kepekatan yang berbeza, kita boleh menyiasat kesan kepekatan bahan tindak balas kepada kadar tindak balas.

Persamaan Kimia

H2SO4 + Na2S2O3 →  Na2SO+ S + SO2 + H2O

Prosedur

  1. 50 cm3 larutan natrium thiosulfat 0.2 mol dm-3 + 10 cm3  asid sulfurik 0.5 mol dm-3.
  2. Masa yang diambil untuk tanda ̔X diletakkan di bawah kelalang kon hilang daripada penglihatan direkodkan.
  3. Eksperimen diulangi dengan menggunakan larutan natrium thiosulfat berkepekatan 0.4 mol dm-3, 0.6 mol dm-3, 0.8 mol dm-3 dan 1.0 mol dm-3.
Kesimpulan 1 (Graf Kepekatan Melawan Masa):

  1. Satu graf kepekatan natrium thiosulfate (VI), Na2S2O3 melawan masa yang diambil untuk mendakan menutup palang sehinga hilang diplotkan.
  2. Daripada graf, kita dapati semakin rendah kepekatan larutan natrium thiosulfat, semakin lama masa diperlukan untuk ditandakan ̔X ‘untuk hilang.

Kesimpulan 2 (Graf Kepekatan Melawan 1/Masa):

  1. Satu graf kepekatan natrium thiosulfate (VI), Na2S203 melawan 1/masa diplotkan.
  2. Kita dapati bahawa, apabila kepekatan natrium thiosulfat meningkat, nilai 1/masa bertambah.
  3. Kita perlu ambil perhatian bahawa 1/masa = kadar tindak balas.
  4. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kadar tindak balas adalah berkadar langsung dengan  kepekatan larutan natrium thiosulfat.

Nota Ulangkaji

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Nota Ulangkaji

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment