Kesan Luas Permukaan Bahan Tindak Balas

Kesan Jumlah Luas Permukaan Bahan Tindak Balas Ke Atas Kadar Tindak Balas

  1. Bagi tindak balas kimia yang melibatkan bahan tindak balas berbentuk pepejal, apabila bahan tindak balas pepejal itu dipecah kepada kepingan yang lebih kecil, jumlah luas permukaan bahan tindak balas itu menjadi lebih besar.
  2. Semakin besar luas permukaan keseluruhan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
Semakin kecil saiz zarah, semakin besar jumlah luas permukaan.
Semaikin besar jumlah luas permukaan, semakin tinggi kadar tindak balas.
Eksperimen
Tindak balas di antara asid hidroklorik, HCl dan kalsium karbonat, CaCO3.

CaCO3 +2HCl→ CaCl2 +CO2 + H2O

Eksperimen 1

  1. 25 cm3  asid hidroklorik 0.5 mol dm–3 + ketulan kalsium karbonat.
  2. Gas karbon dioksida yang dibebaskan dikumpulkan oleh buret.
  3. Jumlah gas yang dilepaskan dicatatkan pada setiap 30-s.
  4. Hasilnya diplot dalam graf.

Eksperimen 2
  1. 25 cm3  asid hidroklorik 0.5 mol dm–3 + serbuk kalsium karbonat.
  2. Seoerti dalam eksperimen 1, gas karbon dioksida yang dibebaskan dikumpulkan oleh buret dan jumlah gas yang dilepaskan dicatatkan pada setiap 30-s.
  3. Hasilnya diplot dalam graf yang sama dalam eksperimen 1.

Keputusan

  1. Kecerunan graf bagi eksperimen 2 adalah lebih besar daripada graf eksperimen 1.
  2. Ini menunjukkan bahawa kadar tindak balas dalam eksperimen 2 adalah lebih tinggi daripada eksperimen 1.
  3. Kita dapat menyimpulkan bahawa semakin kecil saiz zarah bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas permukaannya dan semakin tinggi kadar tindak balas berlaku ke atasnya.

Leave a Comment