Keadaan Pengoksidaan/Nombor Pengoksidaan
- Nombor pengoksidaan menunjukkan jumlah elektron yang telah dikeluarkan dari suatu elemen (keadaan pengoksidaan positif) atau ditambah kepada suatu unsur (keadaan pengoksidaan negatif) untuk mencapai keadaan sekarang.
- Nombor pengoksidaan satu unsur dalam sebatian ialah cas atom unsur itu dengan menganggap unsur itu wujud sebagai ion.
- Nombor pengoksidaan juga dikenali keadaan pengoksidaan.
- Nombor pengoksidaan adalah satu angka dengan tanda `+’ atau (-) ditulis pada depan.
- Unsur-unsur logam biasanya mempunyai nombor pengoksidaan positif.
- Unsur-unsur bukan logam biasanya mernpunyai nombor pengoksidaan
negatif.
Nombor Pengoksidaan Beberapa Unsur
- Nombor pengoksidaan atom suatu unsur adalah sifar.
ContohUnsurNombor PengoksidaanMg0 H20 Br20 - Bagi ion dengan atom tunggal, nombor pengoksidaan adalah sama dengan cas dibawanya.
ContohIon Nombor Pengoksidaan Cu2+ +2 Br– -1 O2- -2 Al3+ +3 - Sesetengah unsur sentiasa mempunyai keadaan pengoksidaan yang sama di dalam sebatiannya:
Contoh 1: Nombor pengoksidaan oksigen dalam semua sebatiannya ialah -2 kecuali peroksida ( -1).Sebatian Nombor Pengoksidaan Oksigen H2O -2 H2SO4 -2 ZnO -2 KClO3 -2 H2O2 -1 Contoh 2: Nombor pengoksidaan hidrogen dalam semua sebatiannya ialah +1 kecuali hidrida ( -1).
Sebatian Nombor Pengoksidaan NH3 +1 HCl +1 NaOH +1 MgH2 -1 NaH -1 - Jumlah nombor pengoksidaan semua atom atau molekul dalam suatu sebatian neutral adalah sifar. Contoh:
Ion Jumlah Nombor Pengoksidaan H2O 0 CO2 0 NH3 0 - Jumlah nombor pengoksidaan semua atom dalam ion adalah sama dengan cas ion.
Contoh:Ion Jumlah Nombor Pengoksidaan NO3– -1 CO32- -2 PO43- -3 NH4+ +1
nombor Pengoksidaan dan Penamaan 5ebatian mengikut 5istem IUPAC
- Bagi logam yang mempunyai lebih daripada satu nilai nombor pengoksidaan, nombor pengoksidaan ion logam dinyatakan dalam angka Roman dalam kurungan selepas nama logam.
ContohnyaFormula
Nama Sebatian FeCl2 Ferum(II) chloride FeCl3 Ferum (III) chloride MnO2 Mangan(IV) oxide Mn(NO3)2 Mangan (II) nitrate PbCl2 Plumbum(II) chloride - Logam peralihan sentiasa menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Logam
Nombor Pengoksidaan
Fe +2, +3 Cu +1, +2 Mn +2, +4, +6, +7 - Unsur bukan logam (kecuali fluorida) biasanya mempunyai lebih daripada satu keadaan pengoksidaan.