Penyediaan Garam

Penyediaan Garam Terlarut

  1. Terdapat 2 perkara yang harus dipertimbangkan semasa menyediakan garam:
    1. Apakah bahan kimia yang digunakan?
    2. Bagaimana untuk memisahkan garam terhasil dari bahan lain?
  2. Kaedah yang digunakan untuk menyediakan garam bergantung kepada kelarutan garam.
  3. Garam-garam terlarut disediakan dari tindak balas antara asid dengan logam / bes / karbonat logam.
  4. Rajah di bawah menunjukkan tindak balas kimia yang boleh digunakan untuk menyediakan garam terlarut.

Contoh:
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang boleh digunakan untuk menyediakan garam-garam berikut.

Natrium klorida
Ammonium Nitrat
Kalium sulfat
Zink Sulfat (3 persamaan)
Plumbum (II) nitrat (3 persamaan)
kuprum(II) sulfat (2 persamaan)

Jawapan:
a. Natrium klorida

NaOH + HCl → NaCl + H2O

b. Ammonium Nitrat

NH3 + HNO3 → NH4NO3

c. Kalium sulfat

KOH + H2SO4 → K2SO4 + H2O

d. Zink sulfat (3 persamaan)

ZnO +  H2SO4 → ZnSO4 + H2O
Zn  + H2SO4 → ZnSO4 + H2
ZnCO3  + H2SO4 → ZnSO4 + H2O + CO2

e. Plumbum(II) nitrat(3 persamaan)

PbO +  2HNO3 → Pb(NO3)2 + H2O
Pb  + 2HNO3 → Pb(NO3)2 + H2
PbCO3  + 2HNO3 → Pb(NO3)2 + H2O + CO2

f. kuprum(II) sulfat (2 persamaan)

CuO +  H2SO4 → CuSO4 + H2O
CuCO3  + H2SO4 → CuSO4 + H2O + CO2

Leave a Comment