Persamaan untuk Gerakan Pecutan Seragam
- Kebanyakan soalan pengiraan yang melibatkan gerakan dapat diselesaikan dengan menggunakan salah satu persamaan berikut. Oleh itu anda dinasihatkan menghafal semua persamaan berikut.
- Simbol-simbol yang biasa digunakan dalam persamaan-persamaan gerakan linear adalah seperti berikut.
u = halaju awal
v = halaju akhir
a = pecutan
s = sesaran
t = masa - Semasa menyelesaikan masalah mengenai gerakan linear, terdapat beberapa istilah penting yang harus diambil perhatian oleh pelajar.
- pegun atau rehat bermakna halaju = 0
- kembali kepada kedudukan asal bermakna sesaran = 0
- objek bergerak dengan halaju yang malar atau seragam bermakna pecutan = 0
Panduan Memilih Persamaan
Terdapat 3 jenis gerakan:
- gerakan dengan halaju seragam
- gerakan dengan pecutan seragam
- gerakan dengan halaju seragam (Tiada dalam silibus Fizik SPM)
Bagi gerakan dengan pecutan seragam, terdapat 4 persamaan. Anda memilih persamaan yang sesuai dengan merujuk kepada meklumat yang diberi dalam soalan.