Tenaga Haba dan Suhu

  1. Haba ialah suatu bentuk tenaga. Simbol bagi haba ialah Q. Unit SI bagi haba ialah joule (J).
  2. Suhu ialah pengukuran purata tenaga kinetik bagi zarah-zarah yang terdapat di dalam satu jasad.

Tenaga Haba

  1. Haba ialah suatu bentuk tenaga. Simbol bagi haba ialah Q.
  2. Unit SI bagi haba ialah joule (J).
  3. Tenaga haba berpindah dari suatu jasad yang bersuhu tinggi ke suatu jasad yang bersuhu lebih rendah.

Suhu

  1. Suhu ialah suatu kuantiti fizik yang diguna untuk mengukur darjah kepanasan suatu jasad.
  2. Ia adalah pengukuran purata tenaga kinetik bagi zarah-zarah yang terdapat di dalam satu jasad.
  3. Satu jasad mempunyai suhu yang lebih tinggi jika purata tenaga kinetik bagi zarah-zarahnya lebih tinggi.
  4. Unit SI bagi suhu ialah Kelvin, K.

Beza di Antara Tenaga haba dan Suhu

Tenaga Haba
Suhu
Satu bentuk tenagaDarjah kepanasan objek
Unit: Joule (J)Unit: Kelvin (K)/ Darjah Celsius (┬░C)
Jumlah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan zarah-zarah.Purata tenaga kinetik zarah-zarah.
Kuantiti TerbitanKuantiti asas

Leave a Comment